Belajar Main Gitar Dengan Percuma atau Berbayar

Seperti yang kita ketahui dalam proses belajar gitar ada dua kaedah iaitu secara percuma atau pun berbayar. Apakah pilihan anda? Biar saya teka. Selalunya anda yang membaca artikel ini akan memilih pembelajaran percuma sebab semua orang suka barang percuma. Betul tak? Sebelum anda memilih percuma atau berbayar mari kita bincangkan apa yang anda perlu tahu untuk belajar cara bermain gitar.

Perkara-perkara yang perlu untuk bermain gitar:

1. ada sebuah gitar
2. Pandai membaca kord gitar
3. Tahu menggunakan kord asas (open chords)
4. Pandai menggunakan power chords
5. Teknik strumming dan scaling
6. Boleh tune gitar sendiri

Enam perkara di atas adalah tunjang untuk bermain gitar. Banyak bukan? Jika anda dapat menguasainya saya yakin anda boleh bermain gitar dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Selepas ini, jom kita tengok kelebihan dan kelemahan belajar gitar secara percuma dan berbayar.

Belajar Secara Percuma

Kelebihan: Tidak dapat dinafikan kelebihannya adalah percuma atau anda hanya mengeluarkan kos yang amat kecil. Biasanya anda akan menggunakan internet untuk mencari maklumat mengenai cara bermain gitar.

Kelemahan: Memakan masa yang lama dan sukar. Cara ini anda akan menggunakan kaedah cubaan. Pasti anda akan buat kesilapan yang banyak. Selalunya bagi mereka yang ingin belajar dengan cepat pasti akan kecundang dan putus asa.

Belajar Secara Berbayar

Kelebihan: Mudah dan cepat. Melalui panduan yang di berikan anda tidak perlu menggunakan kaedah try and error. Ianya straight to the point. Anda juga dapat mengurangkan kesilapan yang selalu dibuat oleh beginner dalam permainan gitar.

Kelemahan: Kos yang perlu dilaburkan adalah yang penting.Ada dua kategori, yang pertama mengambil kelas muzik yang mengenakan yuran bulanan berharga ratusan ringgit. Kedua, memiliki buku panduan belajar main gitar berharga beberapa ringgit sahaja.

Tetapi, kebanyakkan buku panduan hanya mengajar kord-kord gitar asas sahaja. Masih ingat lagi enam faktor asas yang anda perlu ada untuk menguasai gitar? Semasa saya baru mula belajar gitar, saya menggunakan langkah percuma dan try and error. Ternyata ianya tidak mudah. Saya hampir mengalah. Akhirnya saya membuat keputusan mengeluarkan sedikit duit untuk membeli panduan belajar cara bermain gitar.

Ternyata pelaburan saya tidak sia-sia. Saya berjaya pandai dalam permainan gitar dengan senang dan pantas. Sehingga sekarang saya dapat bermain gitar dengan baik tanpa melihat buku kord gitar.

Akhir kata, dengan penerangan kelebihan dan kelemahan belajar main gitar secara percuma vs berbayar, dapatlah anda membuat pilihan yang betul dan sesuai untuk anda. Semoga anda berjaya dalam permainan gitar.

Philosophy

Your child will have the opportunity to pursue a range of extracurricular activities to complement his or her rigorous academic curriculum. Our low student-to-teacher ratio ensures that your child gets the attention he or she deserves.

We invite you to come visit our school and learn more about our philosophy for preparing your child for success.

kg bukit choras, alor setar, kedah | 012-378-4455

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola